Monday 14 May 2012

teman hidup

tiap kali emak menelefonku bertanya khabar, pasti soalan emak yang satu itu akan keluar."bila nak bawa balik calon menantu lelaki mak?" oh tidak! soalan yang sangat cepumas untuk aku jawab..hurm,,sentiasa aku berikan jawapan yang sama."anak bongsu mak ni tak cantik! tak lawa. kaya tidak, cerdik pun tidak.cantik jauh sekali!" ayat sedih la konon..dan seperti biasa, emak sentiasa memberi galakan.."kan sekarang dah belajar masak..oka lah tu..tak boleh harap terus mahir dalam setiap menu masakan..belajar sikit-sikit, lama-lama nanti pandailah..jangan risau..mak tetap yakin anak bongsu mak yang manja ni dapat harungi semua dugaan dan rintangan tu..yang penting ,berusaha untuk berubah dan yakin dengan diri sendiri..setiap ornag kan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing? jangan jadikan kekurangan yang ad amenutupi kelebihan yang wujud dalam diri kita..kelemahan kan boleh diperbaiki.."
wah, emak memang seorang ibu yang tidak pernah mematahkan semangat anaknya walau apa sekalipun yang terjadi..bukan aku tidak kesiankan emak..aku tahu, usia emak sudah lanjut. emak semakin berusia. dan kata-katanya yang selalu menghibakan hati aku, bilamana emak mengatakan yang emak bimbang sekiranya emak tidak sempat menghulurkan tanganku untuk orang lain yang bisa menjaga aku sepenuhnya..emak bimbang, jika aku tidak disayangi seprtimana emak menyayangiku..emak juga bimbang, sekiranya aku tidak bahagia seperti emak membahagiakanku..oh emak! hatimu sangat mulia..sesaat, kau tidak pernah lupa untuk mendoakan dan mengharpakan yang terbaik untuk anak-anakmu..
jujur aku katakan..bukan tidak terlintas di fikiran mahu mencari calon hidup..namun, untuk mencari lelaki yang bisa menerima segala kekurangan dan kelebihan aku seadanya, cukup payah..malah, hati aku jga tidak terkesan dengan lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku..ada, seorang dua yang aku rasakan ada keserasian, namun akhirnya tetap berakhir dengan perpisahan..teman-temanku mengatakan yang aku terlalu meilih. ya, aku memilih..aku memilih lelaki yang boleh aku jadikan imam dalam hidupku..aku memilih lelaki yang mementingkan kasih sayang dan menerima keluargaku seadanya..aku memilih lelaki yang bisa menjadi tempat utnutk aku meluah segala rasa;duka,suka, lara dan sebagainya. aku memilih lelaki yang mampu bersetuju dengan kelebihanku dan mampu menutupi kekuranganku..aku memilih seorang lelaki yang bisa menjadi ayah yang penyayang dan bertanggungjawab kelak terhadap anak-anak..dan akhir,, dan yang paling penting ,aku memilih lelaki yang tetap tidak getnar hatinya. tetap bersama-sama aku tika mengharungi suka, mengharungi duka..yang tidak akan meninggalkan aku tika aku dalam kepayahan dan kesedihan..yang tetap akan membakar semangatku, dan berjuang bersama-samaku di jalan Allah..rupa, harta, aku tidak pernah meletakkannya di paras tertinggi. kerana aku sedar, aku bukanlah wanita yang sesempurna mana untuk aku idamkan lelaki yang sebegitu..aku mengimpikan lelaki yang bisa melengkapkan hidupku seadanya..
mujur, aku punya semangat daripada teman-teman, dan juga adik-adik juniorku tentang hal ini..Hajar, Simaa, Wahidah, Kak Ida, Dura, Nisa Ali, Nurul junior dan Aisyah Halil; ini teman-temanku yang cukup aku sayang..kalian merupakan anugerah terindah yang pernah Allah berikan utnukku..menjadi tempat aku meluah rasa, meluah segala cerita..kalian yang sering mendengar keluh kesahku..nyata, aku tidak pernah keseorangan..aku punya kalian yang sentiasa mendoakan yang terbaik untukku..doa kalian serta doa dari emakku itulah yangsentiasa menjadikan aku sentiasa kuat untuk meneruskan hidup ..dan aku pasti, kelak suatu hari nanti bila tiba masanya, Allah akan memberikan aku seorang lelaki yang akan melengkapkan hidup aku selengkap mungkin, dan bahagia itu kelak pasti akan aku kongsi bersama kalian yang amat aku sayayng..

dugaan itu..

saat ini, sudah hampir di penghujung perjalananku untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan bergelar pelajar di UIA..hanya tinggal 3 bulan sahaja lagi..sebelum ini, terasa begitu bersemangat untuk belajar dan menuntut ilmu.namun, entah kenapa semenjak dua menjak ini, semangat belajar itu telah hilang sama sekali! keghairahan untuk menimba ilmu telah pudar dan hanya rasa lelah mendaki setiap tangga ilmu yang tinggal kini..Ya Allah! aku mohon, kembalikan kekuatanku itu..kembalikan semangatku itu..kembalikan keghairahanku dalam menuntut ilmu, bagi membuktikan segala pengorbanan aku selama ini tidak sia-sia..jika ini rasaku tika ini, bagaimana harus aku punya semangat dan kekuatan untuk menyambung ke peringkat master kelak? ingin mengadu di bahu ibu,namun tidak sampai hati..ibu yang telah banyak mengharungi masalah, tidak harus aku bebankan lagi dengan masalah aku..mana mungkin aku tega melihat insan yang banyak berkorban itu mengalirkan airmata lagi? duhai ibu! titipkan doamu dalam setiap langkah yang bakal aku ambil..titipkan doamu agar bisa aku kembali berdiri tegak dan yakin seperti dulu..
kadang-kadang, pernah aku terfikir akan hidup yang tidak sama seperti orang lain..ada ketikanya, aku merasakn sangat bahagia dan bertuah..namun, adakalanya aku rasakan diri sangat terhina dan malang..lantas, aku cepat-cepat beristighfar! tidak baik aku menidakkan apa yang telah Allah rencanakan untuk aku..untuk hidup aku..untuk diri aku..tiap yang berlaku, tetap ada hikmah yang tidak pernah kita sebagai manusia sedar..pernah aku mendengar tentang ayat-ayat yang cukup membuatkan aku sedar. "bila kita meminta rama-rama, Allah berikan ulat beluncas. kita bersedih. kenapa harus Allah tidak memenuhi impian kita? dan kemudian, apabila ulat beluncas itu akhirnya berubah menjadi seekor rama-rama yang indah, barulah kita sedar..yang Allah tidak memberi apa yang kita hajati begitu saja.tentu ada likunya, tentu ada halangannya, sebelum kita mendapat sesuatu yang sangat berharga.."
dan kini, tika dan saat ini, tika aku memang sangat dirundung duka dan lara, aku bersendirian lagi..menjauh dari teman, agar tak terkesan riakku yang cukup duka..memang itulah aku. lebih suka memendam rasa dari meluah rasa..aku tidak mampu untuk meluah apa yang terbuku di hati. aku hanya mampu berdiam dan merenung nasib diri..dan akhirnya segala masalah yang wujud, aku selesaikan sendiri tanpa cuba meluah..diariku sahajalah temna bicaraku, teman meluah rasaku yang bercampur aduk..yang sentiasa disisiku walau diari itu tidak punya deria..

Tuesday 27 December 2011

menilai hati seorang manusia yang bernama kawan

kadang-kadang, aku sering tertanya-tanya..adakah kawan yang berada disekeliling aku ini sebenar-benarnya kawan? atau mereka hanya sekadar tempat kita mencurah gelak tawa,bukannya airmata..seringkali,sekeping hati ini dijentik rasa syak, kerana pernah terjadi bilamana di depanku, ternyata dia merupakan kawan yang baik..yang menjadi pendengar masalahku..namun, akhirnya aku pernah terbaca mesejnya kepad kawan yang lain betapa dia tidak suka denganku..wah,,dihadapanku mulutnya sangat manis berkata-kata, namun apabila di belakang, mengutukku bagai tak ingat dunia..ya, ini yang menjadi tanda tanya tentang erti seorang kawan dalam hidup aku..selepas kejadian itu, hati aku sakit..walau untuk memandangnya, hati aku jadi pedih..terlintas apa yg pernah aku tahu tntng dirinya dibelakangku..demi Allah..aku tidak menganggapnya sebagai orang yang bisa aku percayai lagi..malah seringkali bila mendengar bicaranya, hati aku jadi meluat dan menyampah..pernah jua terdetik untuk aku membalas dendam agar dia tahu apa yang aku rasa, tapi aku rasakan tindakan sebegitu tidak wajar..di saat dia susah, akulah yang menjadi tempatnya bergantung harap..bukan niat untuk mengungkit, cuma sekadar bengang dgn apa yang diperlakukan oleh dia terhadap aku kemudiannya..saat tidak ada sesiapa di sisinya yg bisa diminta pertolongan, akulah yang hadir mencapai tangannya dan menjadi tempat penyelesaian masalahnya,walau pada hakikatnya aku sendiri sedang tersepit, terbeban dgn masalahku..tapi demi seorang kawan, aku tetap senyum dan tidak pernah mengeluh..bimbang, dia akan rasa kurang selesa..namun, apabila dia senang, kutukannya terhadapku memang agak sakit juga..begitu rupanya cara manusia membalas budi baik seseorang..aku tidak meminta dia untuk membalas setiap satu titik peluh yang terbit yang aku kerahkan keringatku untuknya..aku cuma sekadar ingin dia menghargai aku, dan bukannya bercakap kasar dibelakngku..wah,hebat betul kan insan yan bernama manusia ni..dan kini,apabila sesekali dia meminta pertolonganku, kerpa kali aku berbelah bahagi..perlukah aku menolongnya lagi setelah apa yang berlaku? setelah menghina aku ketika aku tidak tahu menahu..Allah tunjukkan kebesaranNya bila aku terjumpa bukti sebegitu..perasaanku? sudah tentu hancur lebur..aku lantas masuk ke bilik dan menangis! menangis kerana dia memang seorang pelakon yang hebat..berpura-pura baik di hadapan dan mengutuk orang di belakang..terima kasih ya wahai manusia yang bergelar kawan..nasib baik ita kenal pun bukan untuk jangka masa yang lama..sebab, kalau tak memang habis sumpah seranah aku bagi..setakat ini,aku mampu bersabar lagi..cuma kau bimbang,sampai suatu ketika aku akan meletup terhadap kau..tak caya? cuba lah buat lagi macam tu dan memang, manusia sepertimu tidak layak untuk bergelar kawan..terima kasih ya sebab hadir dalam hidup aku dan mewarnainya dgn warna coklat..nak bagi kaler hitam kang,melampau sangat la pulak..hahaha..

Tuesday 6 December 2011

andai bisa aku meluah..

kan senANG  kalau kta dapat meluah perasaan tanpa ada rasa yg tak enak..tanpa ada rasa bersalah,tanpa ada rasa yang takut tak diterima..ai,,susahnya nak cakap kat seseorang tu yang kita sukakan dia..takut, dia reject kita..tapi, hati yang tak keruan macam mana pulak? perlu dibiarkan saja or ....? entahlah,,org kata lebih baik meluah..manalah tahu, kalau org yang kita suka tu suka kat kita jugak..ok, kalau kes macam tu terjadi takpelah..macam mana pulak if bila kita dah meluah, orang yg kita suka tu tak suka kat kita? dia anggap kita hanya sebagai kawan dia saja..ha,,malu la kan...mana nak sorok muka ??
tapi,,kalau pendam lama2 pun takleh gak..takut nnti makin parah jadinya..adeh...! tak tahulah nak wat macam mana lagi..alangkah indahnya if bila kita sukakan seseorang, orang itu jugak sukakan kita...
Ya Allah..kuatkanlah hati aku....

Monday 8 August 2011

apa erti kawan?

seringkali aku tertanya-tanya,apa makna sebenar KAWAN...ini kerana, aku memang ramai kawan, tetapi kawan yang bagaimana? sehingga ke hari ini, hanya ada seorang yang benar-benar bergelar seorang kawan kepada aku..dialah tempat aku berkongsi rasa..meluah rasa yang terpendam,yang sukar untuk aku lafazkan..dialah tempat aku mencurah rasa gembira aku,mencurah rasa sedih aku..kami pernah bergaduhmtapi hanya sekali sepanjang persahabatan kami..perkenalan yang bermula sejak bangku sekolah pada tahun 2001, kekal hingga hari ini..alhamdulillah, aku bersyukur kerana dikurniakan dgn seorang kawan sepertinya..
siti hajar muhamat, dialah sahabatku..dialah tempat aku mencoret rasa, meluah kata..walau kini kami dipisahkan oleh jarak, tapi sesekali kami tak pernah putus dari berhubung..sms sentiassa mendekatkan kami..terima kasih kerana menjadi seorang yg cuku aku percayai dalam hidupkju..sesengguhnya,terlalu banyak rahsia hidupku tersimpan kemas ddalam keihlasan persahabatanmu..
namun ,ada juga kawan yang sering melukai hati..katanya, dia kawan aku..sanggup buat apa saja asalkan aku bahagia, kerana aku telah banyak menabur jasa kepadanya..aku telah bnyk menolongya..tapi ternyata, Tuhan itu maha adil..Dia memberiku bukti bahwa dia bukanlah seorang kawan yg setia..aku terjumpa sendiri bukti dimana dibrlakangku, dia mengutukku sesedapnya..dihadapanku, sanggup mengatakan sanggup melakukan apa sahaja asal aku bahagia..
pembohong! aku benci pembohong seperti itu..aku pernah tersept antaranu dgn teman yang lain..untuk membahagiakan teman yg lain,aku korbankan diri aku..tapi padahnya, aku yang benar2 terkorban! kadang2 aku sedar ada juga salah aku,tetapi tidak semstinya aku yg selalu bersalah dlm segala hal.. ketika kau perlukan masa untuk bersendirian ,aku hanya membiarkan sahaja walau kadang2 katamu agak tegas dan menyinggungku.tapi,bilamana aku pula perlukan waktu untuk bersendirian, kau mengatakan yang aku ni susah dijangka perangainya! memang aku ni selalu angin!
gila! kenapa bila tiba giliran aku, kata2 itu yang kau hadiahkan untukku? sedangkan ketika kau perlukan waktu,sedikit pun aku tidak mengutukmu..sedih, aku amat sedih! kawankah begitu? sepatutnyaandai ada aibku,dijaga..bukan disebarkan..bukanlah bererti henddak menyembunyikan keburukan,tetapi kadang2,ada juga perkara yang perlu dirahsiakan..benar, jujur aku katakan aku terlalu sedih dengan kelakuannya..namun, orang menganggap dia kawan baikku..hahahaha..tidak sama sekali..dia hanya kawan aku,bukannya kawan yg boleh aku berkongsi rahsia..terlalu banyak perkara yg terjadi..yg menyebabkan aku makan hati! tapi, aku hanya membiarkannya sahaja,,memendam rasa..menyukai lelaki yang sama aku suka..bercerita tentangnya yang seolah2 aku ini terlalu teruk dimata lelaki itu! tak mengapa,,aku tetap sedar diri aku wahai kawan..sedar yang aku memang banyak kekurangan jika dibandingkan dgn dirimu yg selalu dipuji dan dipuja orang! aku tidak kisah..tidak mengapa..sabar itu sudah menjadi santapanku..
aku doakan, suatu hari nanti kau tahu bahawa hatiku telah kau sakiti..bukan niat hendak memburukkan mu,aku cuma sekadar ingin kau tahu bahawa bukan kau sahaja yang selalu betul setiap masa..terima kasih kerana mewarnai hidupku dengan warna gelap dan suram..semoga, warna ini suatu hari nanti akan bertuka menjadi warna pelangi yang cantik!

Friday 5 August 2011

itu harapanku...

aku ingin menjadi seperti mawar berduri..tetap teguh menjaga peribadi daripada dibolosi sang kumbang yang tak sedar diri..aku juga seperti merpati,jinak-jinak merpati yang mampu didekati, tapi sukar untuk dimiliki..aku juga ingin menjadi seperti sang helang yang terbang tinggi, melebar sayap megah di angkasa,tapi tetap akan tunduk pada bumi suatu ketika..aku ingin menjadi sepeti bulan, yang tetap setia menjadi peneman bintang walau cahayanya sering dilupakan..aku ingin menjadi seorang wanita yang teguh pendirian..walau diasak, walau diuji,tapi iman di hati tetap menjadi pendinding diri..aku ingin menjadi anak yang taat setia kepada keluarga, tetap menjadi kebanggaan keluarga dan menjaga maruah keluarga seadanya..aku ingin menjadi seorang suri di hati suami, yang akan terus setia menemani, menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, sesempurna semampuku...doaku, harapanku, pintaku pada DIA yang satu..itu pintaku ya Rabbul Izzati..

Tuesday 2 August 2011

nama pak imam, lima kali sehari pergi solat kat masjid..tapi, pandang serong kat family aku..sebabnya,dia hanya dengar kisah dari sebelah pihak sahaja...hampeh tol la tok imam mcm ni..macam mana la aku x kutuk dia..sepatutnya,dia yg lagi arif bab2 agama bagai,kena la berlaku adil pada semua orang..bukannya mendengar dari sebelah pihak dan menuduh sebelah pihak lagi ni tak baik!
tambahan pulak, org tu adalah sedara mara dia jugak, langsung dia angguk. tak pernah nak amek tau sama ada pe kisah org kat pihak lagi satu ni..  datang bagi penyata zakat, langsung tak bukak mulut tanya dulu rumah aku ni ada berapa tanggungan,sesuka hati kepala otak dia letak berapa yang dia nak..itukan tanggungjawab dia,kena la amek tau umah ni ada berapa orang tanggungan yang nak kena bayar zakat, tapi boleh BLAH mcm tu, datang tak bg salam, BLAH pun x bg salam.. mcm tu eh rupanya perangai tok imam? aku rasa, masa aku duk tmpat lain dulu tak adalah pulak tok imam macam nih.. padahal, kami satu family dah lama duk kat cni, wlau dulu pernah kejap tinggal kat tempat lain..
sangat la tidak adil...bila abang aku pergi solat jumaat kat masjid, abang aku nak salam, dia boleh buat DERK n dgn selamba badaknya BLAH tanpa menyambut hulurang tgn abg aku...bukan setakat tok imam, sekali dgn tok2 lain gak, yg duk berselang beberapa buah rumah dari umah aku..siot lah! sebab sorang jiran yg bawak mulut, langsung muka kami xdipandang..caci itu, caci ini..nak tegur orang, tapi hari2 duk jaja kisah orang..pergi masjid tak pernah tinggal, kopiah tu 24 jam pakai kat kepala, tapi kain pelikat MASHA ALLAH, atas dari paras lutut! setahu aku, aurat lelaki bawah dari paras lutut,, ini atas dari paras lutut, ibaratnya air banjir yang samapai ke tahap pinggang!
susah bila hidup tak nak derngar dari kedua-dua belah pihak..sesuka hati nak alihkan batu penanda tanah orang..amek lah kau,,mkn lah tanah kami yg kau alihkan batu penanda tu..walau sebesar zarah,demi ALLAH aku TAK HALALKAN.selagi kau tak mintak maaf dengan mak aku, abang2 aku, jangan harap aku nak maafkan kau,..hidup kalau solat tak tinggal,sipa solat kat masjid lagi, tapi hati busuk dengan orang, sia-sia je lah hidup ko wahai pakcik. insaf la,,kalu tak jangan sanggup jadi pak imam, buat malu je, asal boleh baca QURAN sket dah boleh jadi imam.. ai,,kalau mcam tu aku pun boleh jugak nak jadi imam, abang aku pun boleh jadi imam, anak buah aku yang baru darjah 3 pun boleh jadi mam, sebab dah lama khatam Quran!
insaflah pakcik oi,, jujur aku cakap ni, aku x halalkan apa yang dah ko canangkan kat orang lain pasal kami sekeluarga..kalu betul aku tak kisah, tapi apa yg ko canangkan tu sama sekali tidak benar! aku rasa budak kecik pun tahu dosa memfitnah lebih besar dari dosa membunuh..takkan lah ko yg sebagai tok imam surau tak tahu benda kecik macam nih..bulan Ramadhan ni, insaflah,..sedar diri tu sikit..patot la dari dulu tak berubah2 nasib ko sekeluarga..kalu dah kerjanya nak mengata org yg tak betul bagai, satu masa Allah balikkan kat kau..ALLAH tu maha adil maha pendengar..kalau kau nak canang satu dunia sekalipun, silakan! aku tak heran. sebab aku tau aku tak salah. ko yg ngengada buat cerita.
satu hari nanti, DIA akan tunjukkan sape yg benar dan sape yg tidak. ha ,masa tu sesiapa yg terlibat bersekongkong dgn pakcik tak sedar diri ni, sila mintak maaf sebab dah buat hidup orang lain makan hati dgn fitnah2 anda..

harGa SeCebiS KasiH

melihat kemesraan itu, cukup menyakitkan hati aku..bukan niat mahu menyimpan rasa yang tidak enak,tapi demi Allah, sesungguhnya hati aku dijentik rasa cemburu!
sepanjang 23 tahun aku bernafas, sekalipun tidak pernah aku rasakan bagaimana kasihnya ayah terhadap anaknya..teringin sekali aku ingin merasa disayangi ayah, dipeluk ayah, dimarah ayah, dikasihi ayah..tapi aku tak mampu merasa semua itu..kasih yang ayah berikan hanya sekejap cuma, hanya untuk jangka masa yang singkat..
bukan mudah untuk hidup dalam perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata..hanya senyuman di bibir sebagai pelindung sebuah duka yang tak mampu diungkapkan...menahan rasa getar dan pilu, hidup aku teruskan..bagi menunaikan sebuah harapan orang yang amat aku sayang..walau tak terluah,walau tak terucap, tapi demi Allah, andai mampu waktu kuputarkan, ingin kuminta agar diberi kesempatan merasa semua itu, walau hanya untuk beberapa ketika..mengecap rasa sayang yang ada daripada seorang ayah..membesar tanpa bimbingan dari seorang ayah bukan mudah..ibulah ayah, ibulah emak,ibulah kakak, ibulah segalanya dalam hidup aku, yang mengisi segala kekurangan itu..
melihatku persis melihat si ayah, kata ibu..ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..ayah pergi tinggalkan kami,tapi ayah tinggalkan dirinya dalam diriku..anak manja kesayangan ayah..
rasa duka itu tetap kusimpan hingga ke saat ini,tak pernah kubiarkan ibuku tahu tentang hati aku yang amat perlukan ayah..melihat kesengsaraan dan peritnya emak menyara kami selepas ketiadaan ayah, cukup membuatkan aku berhati tebal agar tidak menampakkan keinginganku yang satu itu..senyuman dan gelak tawa menghiasi ulas bibir supaya tidak terkesan yang sebenarnya hati aku dicarik rasa yang amat perit..
Allah menjadikan sesuatu perkara tentu ada hikmahnya..aku tetap pasrah dengan apa yang berlaku,namun sekadar manusia yan sering diuji, aku seringkali menyatakan yang betapa tidak adilnya Dia menguji kami..tapi, akal dan mindaku tidak pernah tidur dan sentiasa berfikir.. Dia jadikan ini semua agar kami lebih tabah, lebih kuat dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang tak pernah ada hentinya..cacian, tohmahan, umpatan, makian dan segalanya yang menjadi rempah dalam kancah hidup, itu yang perlu dihadapi..perlu diharungi..walau payah, walau lelah, yakin denganNYA itulah yang menjadi kunci kepada kehidupan ini..
Ayah..
sesaat pun kau tak pernah luput dari ingatan..walau kita ditakdirkan bersama sekejap cuma, tapi masih ada secebis kenangan yang mampu membuatkan aku kenal akan dirimu..peribadimu, sikapmu, sayangmu dan kasihmu terhadap kami tak pernah aku ragui!
doaku,pintaku, moga kau bahagia di alam sana, ditempatkan di kalangan orang-orang yang diredhaiNYA..

dapat hp baru

24 julai,mak hulur duit RM100 pagi tu..aku tahu, ni duit blanje yg abg ngah kasi tiap2 bulan..dalam hati berdetik, "ala,seratus je ke? xkan tak bagi lebih,upah jaga anak-anak dia sebulan ?" tapi itu hanya di mulut jer, aku x samapai hati nak cakap,..huhu..
tengahari tu,waktu aku sedap2 mencekik nasi kat dapur, abg ngah panggil. "ella! ko buat apa tu?" aku mula wat muka. baru nak rileks dah kena panggil. haish! "makan ni ha! kt dapur...."

sekali, bila keluar kat ruang tamu, abg nbgah hulur satu plastik. "Nah, hadiah sempena jaga anak-anak aku selama 2 bulan lebih" plasik bertukar tangan. aku dah excited, tapi tak tunjuk lagi. bukak jer, tgk kotak handphone..sekali, tgk jenis henset, "wow!~" tenkiu2!!!! tenkiu sesangat..ella suker.... sambil tersenyum lebar.. dapat hadiah sony ericsson xperia X10 mini..huhu...ok la tu,,macam 2 ada..baru jer sehari sebelumnya aku meng"usha" nak henpon baru ,sekali hari tu dapat betul!
penat jaga babies pun hilang,,hari2 duk belek henpon..apa lagi,,first thing yg aku buat, masukkan lagu2 korea aku..hahaha...

walau pape pun, terima kasih ye angah sebab beli henpon yg mahal untuk adiknya yg sorang ni..hehe..berbaloi aku balik praktikal awal dari jb..huhu..

Monday 1 August 2011

mimpi itu kini realiti

“Julia, tengok ni!” Majalah Remaja keluaran terbaru itu bertukar tangan.  Julia yang terkejut dengan jeritan kecilku sebentar tadi, segera mengarahkan matanya pada halaman majalah yang aku unjukkan kepadanya. Julia kaku, diam membisu. Dia hanya menatap sekilas dan majalah itu bertukar tangan kembali. “Aku tahu la kau suka cerpen dan suka jiwang-jiwang. Tapi itu kan cerpen je. Itu pun nak jerit macam tu sekali,ke? Nasib tak tumpah air panas ni tau. Kalau tak, kurang hantaran aku. Lain la kalau cerpen yang kau buat sendiri dan masuk majalah ni. Ha, baru betul kau nak jerit macam tadi,” Julia kembali menatap Harian  Metro yang dibacanya sebentar tadi, sebelum bacaannya diganggu oleh jeritanku. Sempat lagi dia mencapai sekeping roti dan disuapkan ke mulutnya.
            Air milo panas dalam mug aku tolak ke tepi. Aku masih tidak berputus asa. “Lia, tengok la betul-betul! Ni cerpen yang aku hantar la!” Aku mengunjukkan kembali majalah tadi dan masih membuka halaman yang sama. “Tengok ni! nama aku, la. kau tak percaya lagi, ke?” kami merenung satu sama lain. Seketika kemudian, Julia menarik kembali majalah itu dan kini, dia pula yang terjerit bilamana dia baru perasan namaku tertera di situ, di hujung cerpen yang terpilih bagi bulan ini.
            “Maira, memang cerpen kau ni!” dan kini, Julia yang lebih teruja berbanding aku. Kami sama-sama tersenyum. Perut yang tadinya berkeroncong ,seolah-olah sudah kenyang dengan berita ini. Mujur, tergerak hati aku untuk membeli majalah ini sewaktu keluar membeli barang keperluan semalam.Kalau tidak, pasti aku tidak akan tahu yang karyaku terpilih jua akhirnya. Dan hari itu, senyumku tak lekang dari bibir walaupun kuliahku sehari suntuk dan selama ini membosankan, jadi seronok dibuatnya.
                          *********************************************
“Awak ni Humairah, ke?”satu sapaan singgah di cuping telingaku sewaktu aku sedang minum di kafe kampus bersama Julia seminggu kemudian. Terkejut aku dibuatnya.Dan bilamana aku mendongak untuk mengetahui siapakah gerangannya yang bertanya, sekali lagi aku terkejut. Rasa-rasanya, aku tidak pernah kenal lelaki ini dan tidak pernah berjumpa dengannya.Tapi, bagaimana dia tahu namaku dan bisa mencari aku di sini?
“Awak ni Humairah Syarfa’ bt Abdul Hakim, kan?” soalnya lagi sekali setelah aku berdiam diri. Dan kali ini, nama penuhku pula yang disebutnya! “Ya saya. tapi, siapa awak? saya tak kenal awak. awak nak apa?” pelik betul orang zaman sekarang ni. aku tak pernah jumpa dia pun, tapi dia boleh kenal aku. Keturunan nujum pak belalang kot?
“Boleh kita bercakap sekejap? Saya ada hal penting yang nak dibincangkan dengan awak!”ujarnya tegas dan tanpa secebis senyuman. Wajahnya tetap tegang seperti tadi. ‘mak dia beranakkan dia masa bulan tengah mengambang agaknya. nak senyum pun susah. eh, kalau bulan mengambang, mesti la sentiasa tersenyum. sah, ni mesti lahir masa bulan gelap ni. hehehe..’ aku bermonolog sendiri. Dan tanpa sedar, ada segaris senyuman di hujung bibirku. Namun, seketika kemudian senyumanku terhenti tatkala aku disiku oleh Julia. aku merenung Julia, mencari kepastian. tapi ternyata, Julia sendiri hanya menjungkit bahu, tanda tidak tahu apa yang berlaku dan siapakah lelaki yang berdiri di hadapan kami ketika ini.
“bercakap? pasal apa? saya tak kenal awak pun. macam mana pulak tiba-tiba awak boleh jumpa saya kat sini dan tahu nama penuh saya?” akhirnya aku bersuara sambil memandangnya. lelaki itu merenungku tajam. “dan soalan yang sama juga saya nak tanyakan kepada awak. macam mana awak boleh kenal saya?” aku bingung. perasaanku mula tidak enak. seingat aku, aku tidak pernah bermusuh dengan sesiapa dan bercakap dengan mana-mana lelaki sekalipun. dan kini, berdirinya seorang lelaki yang tidak aku kenali, bertanyakan soalan yang sama kepadaku.
“saya tak kenal awak, saudara. saya rasa, kita tak pernah jumpa pun. kenapa pulak awak boleh cakap yang saya kenal awak? awak ni waras ke,tak?” Aku masih cuba membela diri. “Dan saya sendiri pun pelik, Cik Humairah Syarfa’ bt Abdul Hakim. macam mana awak boleh kenal saya dan dengan beraninya awak gunakan nama saya untuk watak dalam cerpen awak ni?” lelaki itu menghempaskan sebuah majalah yang sedari tadi dipegangnya ke atas meja kami. terkejut aku dan Julia dibuatnya.
            Lantas, kucapai majalah itu. eh,ini majalah remaja keluaran bulan ni. cerpen bulan ni, memang cerpen aku yang terpilih. mana ada cerpen yang lain lagi. aduh! “sayalah Adam Baizid yang awak maksudkan dalam cerpen awak ni. pandai awak ya, gunakan nama saya sesuka hati awak. bila masanya saya izinkan awak guna nama saya untuk watak ni? Saya kenal awak pun tidak!” Lelaki ini masih seperti tadi. Garang dan bengis. Tidak tahukah dia untuk cuba senyum sewaktu berkomunikasi dengan orang lain? Harap muka saja hensem, tapi perangai buruk. Nasib la bukan pakwe aku. Huh!
            Kelu lidahku seketika. Tak mungkinlah! mana ada orang kat Malaysia ni, yang namanya Adam Baizid? aku dah check dulu, tapi tak ada. mamat ni nak tipu aku aje, kot? “ini kad pengenalan saya kalau awak tak percaya,” dihulurkan kad pengenalannya kepadaku, seolah-olah dapat membaca apa yang tersirat di fikiranku tika itu. teragak-agak aku mengambilnya dan Julia juga turut sama berdiri di sebelahku, bagi memastikan ianya betul.
“Eh, Maira! betul la nama mamat ni Adam Baizid! maira, tahniah! kau dah jumpa dengan lelaki impian kau selama ni. hensem la dia, Maira. bertuah betul kau eh,” Julia bersuara riang, sedangkan aku mahu tercabut jantung dibuatnya. bagaimana teman baikku ini boleh gembira sedangkan pada aku, jantung ini bakal terhenti berdegup dengan apa yang berlaku di saat ini. alamak!memang betul la mamat ni Adam Baizid! mati aku. apa aku nak buat sekarang? eh, buat apa aku nak takut. Aku mana la tahu nama dia betul-betul ada. aku reka je nama tu sebelum ni. kiranya, bukan salah aku la.
“awak tahu tak, malu saya dibuatnya bila staf-staf saya perli saya kat office. katanya, saya dah ada secret admire dan dah famous satu Malaysia, gara-gara cerpen awak yang langsung tak best ni.mana-mana meeting yang saya pergi, semua orang bercakap pasal saya. kononnya, Pengarah Awana Holdings seorang mamat jiwang! dah jadi mat bunga. rela namanya diabadikan dalam cerpen, biar satu Malaysia tahu. apa alasan awak? awak nak bagitau yang awak tak tau nama ni memang wujud dan akhirnya saya berjaya jejak awak? macam tu?” ujarnya panjang lebar. matanya bulat merenungku. orang yang lalu lalang di sekitar kami, tidak diendahkan. sedang aku, pastinya muka aku sudah merah menahan malu dek serangannya kini.
ek eleh! kenapa pulak dia yang dapat gelaran mat bunga, mamat jiwang? sedangkan ,cerpen tu aku yang buat.huh! dasar lelaki gila. akhirnya, aku yang terpaksa memohon maaf kepadanya atas apa yang terjadi. dan sebagai tanda meminta maaf, aku berjanji akan menolongnya nanti jika dia perlukan bantuan aku. itu sahaja yang mampu aku lakukan agar lelaki ini tidak lagi membuat kecoh di sini.
                       ************************************************
“oleh sebab awak yang masyhurkan nama saya, saya nak buat satu perjanjian dengan awak. dan awak tak dibenarkan untuk berkata tidak bagi perjanjian ini, bagi menebus salah awak terhadap saya.”ucap baizid sewaktu aku diminta untuk berjumpanya di tasik putrajaya hujung minggu berikutnya.
“kenapa pulak? kan saya dah kata, saya tak tahu yang nama awak memang betul-betul ada.kenapa dengan awak ni?” ujarku menandakan yang aku tidak berpuas hati dengan tindakannya. “awak yang menjadi punca masalah ni, dan sekarang awak jugalah yang harus selesaikannya. lagipun, awak sendiri dah berjanji yang awak akan tolong saya bila saya perlukan pertolongan awak bagi menebus salah awak terhadap saya dua minggu lepas.”
ah, malas rasanya aku mahu bertekak dengan lelaki ini. aku mengeluh. aku sendiri telah terjerat dengan kata-kataku dulu. aduh! “ok, ok. perjanjian apa?” aku merenungnya kembali. Baizid kini berdiri mengadap aku. anak matanya tepat menikam seraut wajah bujur sireh milikku yang langsung tidak berbedak. sambil menarik nafas, dia berkata. “saya nak awak kahwin dengan saya dan jadi isteri saya.” buntang mataku dibuatnya “hah! awak gila ke?”.
“kita berkahwin dengan perjanjian. saya takkan ganggu hidup awak dan awak takkan ganggu hidup saya selepas kita kahwin nanti.” dia ingat, aku ni anak patung ke apa? sesuka hati dia nak buat perjanjian macam ni. “eh, awak ingat, apa yang awak nak buat ni macam cerita dalam novel-novel kat kedai tu ke? ini realiti la Encik Adam Baizid, bukannya cerita novel.” aku ketawa sinis, tapi hanya seketika kerana dia bijak memangkah kataku. “tapi tak salah kalau cerita rekaan dalam novel kita jadikan realiti,bukan?”
“awak gila,ya? tak pernah ada orang buat macam tu, lah?!” aku tidak mahu mengalah dengan keputusan yang dibuatnya. “so, biarlah kita yang mulakan. tak salah,kan? hujung bulan ni kita kahwin. surat perjanjian semuanya saya dah siapkan. sampai masanya, saya akan lepaskan awak suatu hari nanti.” ujarnya sambil ingin berlalu pergi dari situ. baru beberapa langkah, aku menahannya. hal ini masih belum tamat perbincangannya.
“tapi kenapa? untuk apa perkahwinan yang hanya sah di atas sekeping kertas sahaja? apa maksud awak yang sebenarnya?” ujarku meminta pengertian. “saya tak nak terima pilihan mama saya. calon yang dipilih oleh mama, semuanya teruk-teruk. pakaian terdedah sana, terdedah sini, pergi clubbing, disko, minum arak,tidur dengan lelaki. awak ingat, saya nak kahwin ke dengan perempuan jenis macam tu?”
“habis tu, kenapa awak pilih saya? awak ingat saya bertudung,belajar di uia, saya ni perempuan baik, la?itu maksud awak?” baizid mengangguk. “eh awak. tak semestinya saya bertudung, belajar di uia, saya ni baik. mana la tau kot-kot saya ni lagi teruk dari perempuan yang awak cakapkan tu. awak bukannya tahu apa aktiviti harian saya selama ni.” provokku lagi kepadanya.
“sekurang-kurangnya saya dah intip pergerakan awak beberapa hari ni dan saya pasti, awak bukan perempuan jenis yang suka berpeleseran tak tentu pasal. lagipun, kalau awak kahwin dengan saya, awak tak akan digangu lagi oleh Haikal ,lelaki yang tergila-gilakan awak tu dan lelaki yang hampir-hampir cuba nak perkosa awak tu. awak lagi selamat berada disamping saya dan hidup awak juga lebih senang nanti. sekurang-kurangnya, saya dah ada syarikat sendiri kalau nak dibandingkan dengan Haikal yang masih belajar lagi tu.”
aku terkejut. dari mana dia tahu semua itu? dan lebih memeranjatkan aku lagi,dari mana dia tahu bahawa Haikal hampir memperkosaku?  ah,buntu fikiranku! apa yang perlu aku lakukan sekarang? kalau aku setuju, apa alasan terbaik yang dapat aku berikan untuk ibu dan ayahku nanti di kampung? tidakkah ianya bakal mengundang fitnah dengan tindakan drastikku ini? lebih-lebih lagi, aku masih belajar walaupun sudah berada pada tahun akhir pengajian. dan jika aku tidak setuju, haikal sudah tentunya akan terus mengganggu aku dan aku bimbang nyawaku dalam bahaya kelak. Tuhan, berilah aku petunjuk-Mu!
dan akhirnya, hujung bulan itu, aku sah bergelar isteri kepada Adam Baizid dengan sekali lafaz sahaja. kenduri yang diadakan besar-besaran kerana kami masing-masing anak tunggal. dan, segala belanja majlis di pihakku, dia yang mengeluarkan modal. satu sen pun tidak disentuhnya duitku.
5 bulan telah berlalu sejak kami hidup sebagai suami isteri. pada mulanya,agak kekok kurasakan. namun, dengan bantuan baizid, sedikit sebanyak aku dapat menyesuaikan diri di rumah mertua dan ibu bapanya dapat menerimaku seadanya. walaupun pada awalnya, perkahwinan kami dihalang oleh mamanya, tapi ternyata, sikapku yang sering mengalah dalam segala hal dan sentiasa bersama mereka, membuatkan mereka menyayangi aku seadanya. tambahan pula, bakatku dalam memasak memudahkan lagi aku menambat hati mertuaku.
malah, antara aku dan baizid juga, jarang sekali saat ini kami bergaduh. biasanya, di awal usia perkahwinan kami dulu, ada sahaja yang kami gaduhkan ,dan semuanya serba tidak kena. tapi, lama-kelamaan, aku sudah terbiasa dengan sikap dan perangainya. malah saban hari, aku merasakan sesuatu yang aneh wujud dalam hati aku. satu perasaan yang sukar untukku tafsirkan. masih aku ingat bulan lalu, sewaktu aku demam panas dan terpaksa ditahan di wad, baizid tidak putus-putus menjaga aku siang dan malam. dia yang setia melayan kerenahku sewaktu aku terlantar di hospital ketika itu. dan sikap prihatinnya itu tetap ditunjukkannya biarpun aku sudah sembuh dan sudah pulang ke rumah.
            dan kini, dapat aku rasakan yang kami saling menyayangi. walau perkataan sayang itu tidak pernah terluah, tetapi cukup dengan bahasa badan, aku tahu, kami sama-sama memikirkan hal yg sama. dan dapat aku rasakan kini, yang aku sudah mula menyayanginya.
                       ***********************************************
“kita akan ke Old Trafford Manchester, lusa. kan Maira suka tengok bola? Manchester United, kan?” ujarnya menjawab pertanyaanku bilamana dia mengunjukkan tiket ke London yang akan berlepas lusa sebaik pulang dari pejabat lewat peang itu. aku terkejut. memang dia tahu yang selama ini aku sukakan sukan bola sepak dan aku amat meminati kelab Manchester united. Cuma, yang menjadi persoalan kepadaku kini, mengapa dia sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk membawaku ke sana?
Lama aku terdiam dan masih merenung tepat tiket itu. tanpa aku duga, Baizid menggenggam tanganku erat dan kini, mata kami saling berpadu.  “awak packing barang, ya. kita akan pergi lusa. mama dan papa saya dah bagitahu. ada hal penting yang saya nak bincang dengan awak nanti.” ujar Baizid sambil tangannya ligat meleraikan ikatan tali leher.  “hal penting? hal apa? kenapa kita tak bincang kat sini,aja? kenapa harus pergi sana?” aku masih tidak berpuas hati. bukan bermakna aku tidak gembira dengan hadiah pemberiannya ini, tetapi sedikit keraguan bermain dibenakku tika ini.
“saya nak awak gembira dulu bila kat sana nanti. bila awak dah tengok pasukan yang awak minat kat depan mata, lepas tu barulah kita bincang hal kita ni.masa tu saya rasa saya dah cukup bersedia untuk luahkannya. Muktamad. Saya tak nak terima jawapan tidak dari mulut awak.” ucap Baizid sambil mencapai tuala, lantas kakinya diarah ke bilik air. Dan tinggallah aku yang masih kaku di situ, cuba mencari apakah maksud di sebalik hadiah mahal ini.
                            *****************************************
Sepanjang penerbangan ke London, hatiku dipagut kebimbangan. Apakah hal yang begitu penting, sehinggakan dia tidak ingin membincangkannya di Malaysia sahaja? Apakah ini berkaitan dengan perkahwinan kami? Adakah masanya sudah tiba untuk dia lepaskan aku? Fikiranku ligat berputar walaupun kini aku disisinya menonton perlawanan Manchester United menentang Liverpool di Stadium Old Trafford esok harinya. Riuh rendah suara sorakan dari peminat-peminat kelab masing-masing langsung tidak aku hiraukan.Aku berada dalam kelompok ramai orang, tetapi disaat ini, aku merasakan seolah-olah hanya aku seorang di sini menanti diberi hukuman. Sedangkan Baizid kulihat begitu seronok dengan perlawanan bola sepak ketika ini.
“Maira, sudah tiba masanya untuk kita bincangkan tentang perkahwinan kita. Walau apa cara sekalipun, kita mesti selesaikannya sebelum kita balik ke Malaysia minggu depan.” ujar Baizid memulakan bicara antara kami.Ya Allah!Tidak sanggup rasanya untuk aku mendengar kata-katanya lagi selepas itu.Aku hanya tunduk sepanjang makan malam itu, juga meraikan kemenangan 2-0 Manchester United ke atas Liverpool. Steak di pingganku, langsung tidak berusik.
Hatiku berbicara sendiri. Baizid,kenapa awak nak ceraikan saya bila dalam hati saya dah mula berputik perasaan sayang dan cinta saya untuk awak?Kenapa baru kini awak nak lepaskan saya setelah saya dah pun berikan hati saya untuk awak dan sekeping hati milik saya ini, saya kunci rapat dan hanya mengizinkan nama awak dan cinta awak sahaja yang mampu menyentuhnya. Kenapa Baizid?
“Maira, saya dah nekad kali ini. Saya dah buat keputusan.” Kata-katanya terhenti di situ. Aku tetap setia memandangnya dan telah kugagahi sekeping hati ini agar tidak menangisi apa yang bakal diucapkannya nanti. “Humairah Syarfa’ bt abdul hakim. saya; Adam Baizid bin Ahmad, sama sekali tidak akan melepaskan awak dari hidup saya.Kerana kini, saya sedar yang saya cintakan awak dan saya sayangkan awak.Walau pada mulanya perkenalan kita bermula dengan cukup dingin dan alam perkahwinan kita penuh sengketa pada awalnya, tapi lama kelamaan, saya sedar yang awak amat bermakna buat saya dan saya tak mampu untuk hidup tanpa awak di sisi saya.Dan, dengan bersaksikan Old Trafford,sudikah awak menjadi isteri saya yang sebenar-benarnya?”
Aku terkejut.Terpana dengan pengakuannya sebentar tadi.Kerutan jelas terbit di dahiku. Bermimpikah aku?Lama aku terdiam, tanpa sebarang kata.Dia juga begitu.Hanya sepi menemani kami saat ini. Dan akhirnya, aku bersuara jua bagi memastikan apa yang berlaku sebentar tadi, bukanlah khayalanku semata-mata.“Tapi, surat perjanjian tu…” Belum sempat aku menghabiskan ayatku, Baizid memotongnya. “Dah lama Zid buang, Maira. Surat tu dah lama Zid bakar dan hapuskan sebab Zid tak sanggup kehilangan Maira. Zid perlu berterima kasih kepada Julia kerana semua pasal Maira, dia yang bagitahu, termasuk tentang Haikal. Maafkan Zid. Tapi percayalah, Zid dah jatuh cinta dengan Maira. Zid tak sanggup hidup tanpa Maira.”
Aku tersenyum.Tepat jangkaanku selama ini.Ternyata, benar telahanku bahawa Julialah yang memberi segala maklumat diriku kepada Baizid.Dan ternyata,kedatangan kami ke sini, sebenarnya untuk merungkai sebuah persoalan tentang hati yang masing-masing hanya memendam rasa suatu masa dulu.Tanganku digenggam Baizid seeratnya.Tidak cukup dengan kejutan itu, satu lagi kejutan buatku dari Baizid bilamana pihak restoran membawa keluar sebiji kek harijadi untukku,diiringi dengan gesekan biola dari pemain muzik di restoran ekslusif itu. Gara-gara Baizid,aku jadi lupa dengan harijadiku sendiri.Dan kini, sewaktu usiaku genap 25 tahun,aku juga dihadiahkan dengan pengakuan cinta Baizid untukku.Tiada lagi hari yang terindah dan bermakna dalam hidupku selain dari malam itu dan pengakuan cinta Baizid menjadi hadiah yang paling bermakna dalam kamus hidupku.
Fikiranku menerawang, mengingati kembali pengakhiran karya cerpen yang pernah kuhasilkan dulu. Adam Baizid hidup bahagia bersama Arina Wardah.Tetapi kini,itu tidak terjadi. Adam Baizid yang aku ilhamkan dan yang kusangka hanya khayalan, wujud di alam realiti dan telah menjadi milikku buat selamanya.Ternyata, Adam Baizid itu untukku dan aku ditakdirkan untuk menyempurnakan hidup Adam Baizid.
Dan kini, sewaktu kami tiba di bilik penginapan, aku tidak lagi segan silu memeluk Baizid.Pemandangan dari balkoni bilik kami,cukup mempesonakan. Senyuman tidak lekang dari bibirku kini.Adam Baizid, yang dulunya hanyalah watak rekaanku,kini menjadi suamiku dalam erti kata yang sebenar.Kuasa Tuhan,tiada siapa yang bisa menjangkanya. Dan kini,tidur malamku tidak lagi sendiri kerana Adam Baizid disisi, setia menemani. Dan aku tetap bersujud, memohon doa agar hidup kami bahagia hingga ke alam syurga.

titisan tinta berbicara,
 zaila akma

bahagia itu milikku

“Tak boleh, awak. Fikiran mereka bukan macam kita. Apa yang mereka fikir, itulah yang mereka mahu. Yang mereka inginkan. Kita orang dewasa. Boleh terima bermacam-macam alasan, tetapi bukan mereka. Mereka masih kanak-kanak.”
Adam Baizid hanya terseyum memandangku. Aku tahu, dalam fikirannya penuh dengan persoalan.
“Pergilah tidur. Tak elok kalau orang nampak kita macam ni. Nanti, lain pula jadinya.”
Jelas kerutan terbit daripada dahinya. “Tapi awak? Awak tak nak tidur?”
Aku tersenyum memandangnya.
“Jangan risau, saya boleh tidur disini. Dengan Faris. Lagipun, saya rasa seronok, tenang, gembira bila dia tidur lena di ribaan saya. Seolah-olah saya ni ibu kandungnya,” tanganku membelai lembut rambut Faris. Aku renung raut wajahnya yang tenang. Dalam. Tentu dia sangat merindui ibunya yang telah meninggal dunia sewaktu melahirkannya.
“Dia dibawa ke sini sejak kecil lagi. Kalau tak salah saya, 3 bulan. Ayahnya baru sahaja meninnggal dunia. Arwah ayah Faris salahkan Faris atas kematian ibunya. Kerana melahirkan Faris, nyawa ibunya yang menjadi galang ganti. Ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.”
Kata-kata yang diucapkan oleh Puan Farah Adiba beberapa bulan lalu, masih jelas di ingatanku. Kata-katanya masih segar dan masih dapat kuingat dengan jelas. Aku jatuh kasih dengan Faris. Bukan salah Faris. Itu semua takdir yang sudah tertulis sejak di lohmahfuz lagi. Anak kecil ini bukan penyebab kematian ibunya. Tidak patut arwah ayahnya mengabaikan Faris.
“Jauh awak berangan? Ingatkan buah hati ke?”
Aku dikejutkan dengan tegurannya. Jauh benar fikiranku melayang. Tapi bukan kerana mengingati buah hati, tetapi kerana fikiranku teringatkan Faris. Anak kecil yang sudah lama lena di ribaanku. Tangan kanannya masih menggenggam erat sebelah lenganku. Cukup erat. Seolah-olah, dia tidak rela aku meninggalkannya walau untuk sesaat.
“Saya Cuma fikirkan Faris,” ucapku perlahan.
“Faris? Kenapa?” Dahinya dikerutkan.
“Tentang masa depannya.” Balasku pendek.
Namun, Adam Baizid hanya mengangguk. Mungkin faham dengan apa yang aku cuba sampaikan. Tangan kanannya sempat membelai rambut Faris. Lantas, dia tunduk mencium dahi anak kecil itu. Aku tersentuh dengan cara layanannya. Jelas, dia turut menyayangi anak ini. Aku masih tertanya-tanya, siapakah dia? Kenapa dia boleh berada di sini? Setahu aku, aku tak pernah melihat wajahnya sebelum ini.
Aku tersedar pagi itu agak lewat. Kira-kira pukul 7 pagi. Terpisat-pisat aku bangun. Faris tiada diribaanku. Ke mana dia menghilang? Aku juga mendapati, aku diselimutkan dan kepalaku beralas bantal.
Aku bangun daripada pembaringan, dan mataku melilau ke sekeliling bilik itu. Semua anak kecil di situ masih lena diulit mimpi. Tapi, Faris sahaja yang tiada di depanku.
“Mama!”
Anak kecil itu berlari ke arahku. Aku tersenyum memandangnya. Sekelip mata sahaja, Faris sudah memelukku. Erat sekali. Tak dapat aku gambarkan perasaan aku ketika ini, apabila anak kecil itu memanggilku mama. Tanpa aku sedar, ada deraian mutiara jernih yang mengalir dari tubir mataku.
“Maaf, saya yang siapkan Faris tadi. Dia terjaga awal, jadi saya yang mandikannya. Saya nampak awak tidur dengan lena, jadi sebab itu saya tak kejutkan awak,” panjang lebar Adam memberi penjelasan. Mungkin dia sedar reaksiku pada mulanya apabila aku terkejut dengan kehadiran Faris yang sudah lengkap berpakaian baru.
“Mama, tadi Faris mandi dengan papa. Faris nak kejutkan mama, tapi papa kata jangan ganggu mama. Biar mama tidur, mama penat. Mama penat jaga Faris,ya?” bibir anak kecil itu peah berkata-kata. Malah, langsung tidak pelat seperti kanak-kanak lain. Dan, aku tambah terkejut dengan panggilannya tadi kepada Adam. ‘Papa?’ adakah Faris yang memandai-mandai memanggilnya papa ataupun memang Adam yang membahasakan dirinya begitu? Ah, pagi-pagi lagi kepala aku sudah penuh berfikir.
Aku tersenyum memandang anak kecil itu.
“Tidak sayang. Mama tak pernah penat menjaga Faris. Mama tak pernah rasa Faris menyusahkan mama. Malah,sejak Faris hadir dalam hidup mama, mama rasa sangat bahagia. Mamalah orang yang paling gembira bila Faris panggil mama, ‘mama’. Mama nak Faris tahu yang mama sayang sangat dengan Faris. Sayang sangat-sangat.” Dahi anak kecil itu aku kucup. Penuh kasih. Dan ,aku ingin dia sedar dan mengerti bahawa aku amat menyayanginya.
Tanpa aku sedar, ada sepasang mata yang galak memerhatikan aku dengan Faris. Aku terlupa. Terlupa bahawa Adam Baizid ada di situ. Malah, dia yang membawa Faris kepadaku tadi. Tanpa diduga, mata kami berpadu. Namun, tiada satu pun ungkapan yang terkeluar dari bibir masing-masing. Hanya mata menjelaskan segalanya. Dan ,akhirnya aku tertunduk malu. Pandanganku yang bersatu dengannya seketika tadi, aku alihkan. Aku tidak sanggup membiarkan ada getar di dalam dada aku. Malah, dapat aku rasakan ketika ini, pipiku membahang menahan rasa malu.
“Mama, kenapa pipi mama merah bila mama pandang papa tadi?” soalan yang tidak diduga dari mulut anak kecil itu memeranjatkan aku. Macam mana anak sekecil itu perasan tingkahku sebentar tadi?
Adam hanya tersenyum memandang kami. Jelas, dia juga turut mendengar apa yang diperkatakan oleh Faris tadi. Aku cuba untuk berlagak setenang mungkin.
“Sayang, muka mama merah tadi sebab mama malu dengan papa. Mama tak mandi lagi ni, tapi Faris dengan papa dah siap mandi. Lepas tu, mama terus peluk Faris, cium Faris. Tentulah mama malu sebab mama tak mandi lagi. Faham, sayang?” aku usap kepalanya. Aku harap dia tidak banyak ragam apabila aku terpaksa menipunya. Ah, tipu sunat!
            dan akhirnya anak kecil itu tidak lagi banyak bertanya. Aku mula merasa rimas. Bukan setakat aku masih belum mandi, namun kerana panahan mata Adam Baizid yang tidak pernah lari dari wajahku. Matanya yang senantiasa memerhati gerak langkahku dengan Faris. Lantas, aku meninggalkan Faris dengannya dan aku meminta izin untuk ke bilikku.
Selesai berpakaian dan bersolek ala kadar, aku keluar kembali. Menjalankan tanggungjawabku sebagai pendidik di situ. Aku gembira di sini. Walau gajinya tidak seberapa, tapi aku tak pernah ambil peduli. Bagiku kasih dan sayang aku tak pernah berbelah bahagi untuk anak-anak yatim di sini. Aku ingin sekali menyayangi mereka dan memberikan mereka jutaan perhatian dan kasih sayang. Kerana, aku tidak ingin mereka kehilangan semua itu dan merasai apa yang pernah aku lalui sebagai anak yatim suatu masa dulu.
2 bulan pantas berlalu. Aku semakin serasi dengan Faris dan tanpa ragu-ragu, akulah mamanya dan aku amat menyayangi anak kecil ini. Cuma, sejak sebulan yang lepas, Adam tidak muncul-muncul lagi. Kali terakhir aku melihatnya sewaktu kami bersama-sama membawa Faris ke Genting Highlands. Adakah aku ada melukakan hatinya? Kenapa sudah lama bayangnya tidak menjelma? Rindukah aku? Ah, tak mungkin aku rindukannya. Aku sedar siapa diriku. Insan yang tidak punya apa-apa untuk dibanggakan. Jauh sekali, untuk merinduinya yang merupakan CEO Awana Global Development. Dengan penjelasan yang diberikan oleh Puan Farah Adiba dulu, aku amat terkejut. Masakan tidak, seorang yang berpangkat besar masih sudi merapati anak-anak yatim ini.
“Mama, kenapa mama termenung? Mama dengar tak apa yang Faris cakap tadi?” suara Faris mematikan lamunanku. Aku terlupa seketika dengan kehadiran anak kecil ini. Lantas, aku meraihnya ke dakapanku dan aku cium pipinya.
“Maafkan mama sayang. Mama tak dengar soalan Faris tadi. Apa yang Faris tanya tadi?” aku senyum kepadanya agar tak terkesan riak masalah di wajahku.
Anak kecil itu merenung tepat ke dalam mataku. Dan tanpa aku duga, di tubir matanya ada mutiara jernih yang bertakung. Belum sempat aku dikejutkan dengan tangisan yang tiba-tiba itu, Faris memelukku erat. Aku terpempan. Ya Allah! Apakah aku telah menyakiti hati anak yatim ini? Ampuni aku, ya Allah. Lama dia memelukku. Akhirnya, dia merungkai pelukan itu dan aku usap pipinya yang basah.
“Sayang, mama minta maaf. Mama tak dengar apa yang Faris tanyakan tadi. Kenapa sayang menangis? Mama minta maaf ya. Mama janji mama takkan buat lagi,” aku mengangkat tangan kananku seolah –olah mengangkat sumpah, agar aku kembali melihat senyumannya.
“Mama fikirkan pasal papa,ya?” aku terkedu. Tergamam dengan soalan anak kecil ini. Ya Allah! Masakan anak sekecil ini mampu membaca apa yang bermain di fkiranku?
“Mama ridukan papa?” soal anak kecil itu lagi bila aku tidak menjawab pertanyaannya sebentar tadi.
“Taklah sayang, mama banyak kerja. Mama fikirkan pasal kerja-kerja mama. Bukannya mama fikirkan papa,” aku berdalih. Berharap, agar anak itu tidak curiga lagi.
“Betul mama tak rindukan papa? Tak sayangkan papa?” Faris terus bertanya dengan soalan yang aku tak punya jawapan untuk diberi.
“Tapi papa rindukan mama. Papa cintakan mama. Dan papa nak kahwin hanya dengan mama.” Satu suara muncul dari belakangku.
Aku terkejut. Terpana. Tergamam. Adam Baizid berdiri di situ. Tepat merenungku. Sejak bilakah dia di situ?
“Tapi papa rindukan mama. Papa cintakan mama. Dan papa nak kahwin hanya dengan mama.” Sekali lagi ayat itu diulangnya. Apakah maksudnya, Ya Allah? Adakah aku bermimpi? Adakah ini hanya sekadar ilusi? atau sememangnya sebuah realiti?
“Saya tak pandai untuk bermadah berpujangga. Saya juga tak reti untuk berpuisi. Saya tak tahu bagaiman caranya untuk memikat wanita. Maafkan saya. Saya Cuma nak tanya awak, sudikah awak menjadi isteri kepada saya dan menjadi ibu untuk anak-anak saya,Arina Wardah?”
Jari jemariku digenggamnya. Erat sekali. Dan aku dapat melihat ketulusan serta keikhlasan dari matanya bilamana ungkapan tadi terucap. Bagaimana untuk aku katakan? Sedangkan, hati aku juga amat menyenangi kehadirannya dan aku juga amat mencintainya dalam diam. Aku masih lagi diam membisu. Tertunduk malu. Tidak tahu bagaimanakah caranya untuk ku menjelaskan.
“Papa, cikgu Faris cakap kalau diam tu tandanya setuju,” Faris tiba-tiba mencelah. Sekali lagi aku tergamam. Aku tersenyum. Anak kecil ini juga akhirnya telah merungkai pertanyaan Adam Baizid sebentar tadi. Senyum kami berpadu dan aku tidak lagi memendam rindu.
“Papa, muka mama merah lagi. Itu pun sebab mama tak mandi lagi, ke?”
Dan matahari terbenam menjadi saksi detik-detik kebahagianku. Terima kasih, Ya Allah kerana akhirnya bahagia itu milikku..


Titsan tinta berbicara,
Zaila Akma

terima kasih ADAM


Kepada saudara/saudari,anda diminta untuk menghadiri sesi reunion SMKP 99-03.
Berikut adalah aturcara majlis;
Masa: 8 malam
Tarikh:29 februari 2008
Tempat: Dewan Hotel Sutera Inn
Tema: Bebas
Kerjasama anda adalah diharapkan. Harap maklum. Sekian, terima kasih.

            Untuk yang ke sekian kali, aku masih menatap kad itu. Undangan untuk majlis reunion,dengan kawan-kawan sewaktu di sekolah menengah. Hatiku mula tidak enak. Apakah aku harus pergi? Rindu pada kawan-kawan tak dapat dibendung. Tapi, aku juga tidak mampu untuk menghadapi satu kenyataan lain. Kenangan yang sukar untuk aku lupakan hingga ke hari ini. Walau sudah 5 tahun kami tidak bertemu, namun segala kenangan yang pernah tercipta tidak mungkin akan hilang begitu sahaja.
            Aku letakkan kad tadi di atas katil bercadar merah hati dan kakiku kuarah ke rak yang terletak di penjuru bilik tidurku.Album gambar yang berwarna ungu itu kutatap. Daripada satu helaian ke helaian aku semak. Dan bibirku menguntum senyum apabila aku melihat telatah yang mencuit hati ketika di bangku sekolah dulu. Macam-macam gaya dan kami masih kelihatan seperti kanak-kanak walau umur sudah 17 tahun waktu itu. Mungkin kerana masa kami lebih banyak dihabiskan bersama kerana kami tinggal di sekolah berasrama penuh. Jadi, dunia luar tidak kami ambil tahu. Dan senyumanku terhenti tatkala aku melihat sekeping gambar. Gambar yang membawa seribu pengertian.
            Dan dengan sendirinya, kenangan itu menerjah kotak ingatanku.

***********************************************************************
Cheese!” aku dan Hariz menyebutnya serentak. Sesaat kemudian, flash daripada kamera yang berada di tangan Adam kelihatan. “Am,cantik tak gambar tadi?” aku menyoal Adam kemudiannya. “Wei minah, manalah aku tahu. Nanti esok lusa bila dah cuci, kau tau lah. Apa, kau ingat aku ni magicman ke?” filem tadi sudah digulung. Berhati-hati Adam menyimpannya kembali ke dalam kotak filem.Hariz masih tercegat di tempat tadi. Hanya memerhati. “La, aku tanya je. Kan kau yang ambik gambar kami tadi, mestilah kau tau shoot tu elok ke tak. Itu pun nak hot ke. Eh, bila kau nak cuci gambar tu? Nanti bagi kat aku ek? Aku nak simpan,” mulutku tak henti-henti bercakap sambil tanganku ligat menyimpan sisa makanan kami sebentar tadi. Hari ini harijadi Hariz yang ke-17. 23 Julai. Sudah menjadi kebiasaan untukku menyambut hari lahirnya kerana kami cukup akrab. Walaupun setiap kali harijadiku tiba, kami tidak dapat menyambutnya kerana harijadiku jatuh pada musim cuti sekolah. Namun, aku tidak kisah kerana Hariz tak pernah lupa untuk mengucapkannya kepadaku. Walaupun dia tak pernah menghadiahi aku sesuatu tiap kali harijadiku, tapi aku tak kisah semua itu. Cukup dia mengingatinya.
            “Hujung minggu ni kami keluar, kami cuci. Kau jangan la risau. Nanti aku cuci setiap gambar tu 2 keping.” Aku tersenyum dengan kata-kata yang diucapkan Adam itu. Aku hanya mengangguk dan kembali mengemas meja yang berselerak. Sudah tentu setiap gambar dicuci 2 keping kerana satu untuk aku dan satu lagi untuk simpanan Hariz. 10 minit kemudian,kami berlalu pergi dari Taman Mesra Alam dan menuju ke asrama masing-masing. Aku puas.
           
            “Aku nak gula-gula dua. Ngantuk la,Rin,” aku memandang secebis kertas yang dihulur Hariz kepadaku secara senyap-senyap itu. Bimbang sekiranya cikgu Bahasa Melayu, Puan Yanti perasan. Aku tersenyum memandang wajahnya yang jelas kelihatan mengantuk. Matanya yang kuyu bertambah kuyu lagi. Aku meraba-raba poket baju kurung sekolahku, mencari gula-gula yang sering kubawa dan sering kuberikan kepadanya kerana aku tahu, dia pasti mengantuk dalam kelas. Malah, sudah menjadi kebiasaannya meminta sesuatu daripadaku. Aku menghulurkan 3 biji gula-gula HACKS kepadanya berserta dengan nota kecil. “Muka kau cukup tak hensem bila kau mengantuk. Come on la,Hariz. Jom kita bet. Kalau kau berjaya untuk tak tidur dalam kelas yang berbaki lagi 35 minit ni, aku belanja kau makan tofi-luk kat koperasi. Amacam?”
            Aku melihat Hariz menunjukkan ibu jarinya, tanda dia setuju. Dan ternyata, duit aku melayang lagi hari ini kerana Hariz mahu 3 tofi-luk dan aku hanya mampu berlapar apabila RM1.80 yang kubawa habis di tangannya sahaja. Namun, aku tetap tak kisah kerana aku sayangkannya!

************************************************************************
“Cantik la gambar-gambar ni. Boleh la aku simpan,” satu demi satu gambar yang diambil minggu lepas sewaktu menyambut hari jadi Hariz kutatap. Ternyata, Adam memang pandai mengambil gambar dan tak hairanlah kalau cita-citanya untuk menjadi seorang jurugambar yang berjaya kelak. “Mestilah cantik, aku kan hensem.” Hariz mengangkat keningnya sambil membetulkan bajunya. Aku tahu dia memang seorang yang segak dan sentiasa kelihatan kemas. Sedangkan aku seorang perempuan yang selekeh dan simple. Seorang perempuan yang tak pandai untuk bergaya. Namun, Hariz  tak pernah memandang itu semua dan kami tetap menjadi sahabat baik.

Aku menutup album gambar itu. Tidak sanggup untuk aku melihatnya lagi. Kakiku kuarah ke beranda. Duduk di kerusi malas yang kuletakkan di situ. Pada kad tadi mengatakan yang majlis itu pada 29 februari 2008. Ini bermakna, esok. Malam esok majlis itu akan diadakan. Aku mungkin tidak akan berasa susah hati seperti sekarang untuk ke majlis itu jika tidak kerana perkara itu. Ya, perkara itu. Aku ingat dengan jelas lagi. Seminggu sebelum kami semua akan menduduki peperiksaan SPM.

************************************************************************
“Apa hal kau nak jumpa aku sangat ni? Macam ada hal penting je. Kau ok?” Hariz  bertanya kepadaku sebaik dia sampai ke tempat  yang aku minta dia berjumpaku. Perasaanku bergolak. Perlukah aku mengatakan apa yang telah aku susun berhari-hari lamanya? Perlukah aku melontarkan segala yang terbuku dihatiku selama ni? Aku buntu. Macam mana penerimaannya nanti? Sudikah dia terima aku?
“Belum cuba belum tahu,Rin. Cuba kau bagitau dia dulu perasaan kau. Kalau dia tolak pun, at least kau tau. Kalau kau pendam, dia takkan tau. Manalah tahu kau tak bertepuk sebelah tangan.” Kata-kata Hanie semalam masih aku ingat.
“Rin,apa perkara penting yang kau nak cakap kat aku tadi? Beria-ia nampak?”soalan Hariz untuk kali kedua itu mematikan lamunanku.
“Aku cintakan kau.” 3 perkataan itu terlontar tanpa aku sedari. Bagaimana aku punya kekuatan seperti itu untuk menyatakan kepadanya? Menyatakan apa yang terbuku sejak bertahun lamanya. Namun , itulah kenyataannya.
“Apa yang kau merepek ni?kau sedar ke tidak apa yang kau cakap tadi?”
 “Ya Hariz, aku sedar. Aku cintakan kau. Sejak bertahun lamanya aku pendam perasaan aku terhadap kau. Aku tak punya kekuatan selama ini untuk bagitahu kau tapi hari ini aku dah tak sanggup nak tipu hati aku lagi.” Laju ayat itu meniti dari ulas bibirku. Mataku tepat merenung ke matanya. Jelas, dia tidak selesa dengan apa yang telah aku ucapkan sebentar tadi. “Eh, selama ni kau sendiri yang jadi posmen antara aku dengan Becca tapi sekarang kau cakap kau cintakan aku pulak? Habis, kau nak suruh aku campak Becca ke mana?Dalam kolam tu?”jarinya menuding ke arah kolam buatan yang terletak di belakangku. Aku terkedu. Ya, Becca. Selama ini aku yang menjadi orang tengah antara Hariz dengan Becca.Tapi kini, ah! Aku buntu.
“Aku tak pernah anggap kau lebih dari sorang kawan. Tapi aku tak sangka kau sebaliknya. Come on lah,Rina. Cuba kau cermin diri kau dulu. Layakkah kau nak berdiri disisi aku sebagai teman istimewa aku? Lagipun, aku tak pernah cintakan kau. Aku berkawan dengan kau selama ni pun, tak lebih dari kesiankan kau. Yelah, perempuan selekeh macam kau, siapalah nak berkawan,” aku tergamam dengan kata-kata yang keluar dari mulut Hariz.
Ini bermakna, persahabatan yang terbina selama 5 tahun, hanyalah palsu. Oh Tuhan! Apakah salahku hingga Kau menghukum aku sebegini? Aku hanya bertepuk sebelah tangan. Aku terduduk di situ. Hanya mampu melihat Hariz mula mengatur langkah meninggalkan aku. Bagaimana aku nak menghadapinya nanti? Aku malu. Cukup malu!
“Hariz, kalau itu keputusan kau, aku minta agar gambar-gambar aku yang ada pada kau, kau serahkannya kepada aku,” dalam tangisan, aku masih mengatakan sesuatu kepadanya. Untuk apa dia menyimpannya andai hubungan persahabatan ini hanya palsu.
“Gambar? Gambar apa pulak ni? Bila masanya pulak aku simpan gambar kau? Hello! Sekeping pun tak ada gambar kau dengan aku selama ni. Tolonglah perempuan, jangan nak perasan!”
Kalau dia tidak menyimpannya, ke mana semua gambar itu pergi? Semenjak kejadian itu, kami tak lagi bertegur sapa. Malah, Hariz seperti terlalu membenciku. Kawan-kawan kami mula perasan kedinginan antara aku dengan Hariz. Manakan tidak, selama ini kami selalu bersama walau Hariz sudah punya teman istimewa. Kami sahabat baik. Tak pernah bergaduh. Tapi kini, hatiku hancur. Lebih hancur apabila banyak khabar yang mengatakan aku dan Hariz sudah tidak akrab kerana aku cintakan Hariz. Semua mengejekku. Menghina aku kerana aku tidak sepadan dengan Hariz malah mana-mana lelaki sekalipun tak inginkan aku kerana aku bukanlah perempuan idaman mereka. Aku selekeh, tidak cantik, gemuk. Becca. Rebecca Abdullah Tan. Perempuan yang paling cantik, bijak, dan menggoda. Sedang aku? Terlalu jauh bezanya. Malah, segala yang buruk itu ada padaku. Begitu sekalikah mereka menilai aku selama ini?  Aku pasrah.
Hanie menenangkan aku. Hanya Hanie tempat aku mencurah masalah. Hanya Hanie yang sudi menjadi kawanku. Tidak putus-putus Hanie memujukku. Menenteramkan aku. “Tuhan itu maha adil, Rin. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah yang kita tak tahu. Mungkin ini cabaran buat kau, agar lebih tabah. Kau harus bangkit. Buktikan pada mereka semua, apa yang dilemparkan kepada kau tu tak betul. Mereka salah. Buktikannya Arina,”dan kata-kata Hanie itulah yang membuatkan aku bangkit kembali dan aku sedar yang aku tak pernah keseorangan selama ini.
******************************************************************
Irama lagu pastikan nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza mematikan segala kenangan lamaku terhadap Hariz. Kulihat nama yang terpapar di skrin nokia N-95 milikku. “hai Hanie! Kau rindukan aku ke sampai waktu macam ni kau tak tidur lagi?Biasanya, kat asrama dulu kaulah orang pertama yang akan tidur sebaik balik dari kelas malam. Apa kau buat sampai pukul 1 pagi ni?” bertubi-tubi pertanyaanku kepada Hanie sambil jemariku mengesat sisa airmata yang mengalir sewaktu kenangan lama menerpa sebentar tadi. Aku tahan getar suaraku, agar tidak terkesan olehnya yang sebentar tadi aku menangis lagi. “Alah, tu dulu. Sekarang mana boleh aku tidur awal. Sejak ada anak kecik ni, aku dah tak boleh nak tidur awal. Kejap-kejap si Izzah ni terjaga. Baru aku tau, betapa susahnya kahwin,” jelas kedengaran ketawa di akhir bicaranya. Aku hanya tersenyum. Hanie cukup bahagia. Aku cemburu,Hanie.
“Eh,aku call ni sebab aku nak tanya. Esok kau jadi pergi ke tak?”
Wajahku jelas berubah. Mujur Hanie tidak berada di depanku ketika ini kerana aku tidak mahu dia melihat wajahku yang jelas pucat dengan lontaran soalannya tadi. “Aku rasa aku tak nak pergilah, Hanie. Kau pergi ajelah. Aku banyak kerja esok,”terangku cuba berdalih. “Rin, kau tak payah nak buat alasan sibuk. Apa lagi yang kau nak kejar? Kau kan interior designer terkenal. Tambahan pulak kau tu bos,bukannya kuli. Ramai lagi orang yang boleh handle segala kerja kau kat pejabat tu. Lupakan apa yang dah Hariz lakukan terhadap kau,Rina. Dah lama sangat perkara tu berlaku. Dah 5 tahun. Please, datang demi aku. Kau anggap aku kawan kau, kan?”
Aku terjerat dengan kata-kata Hanie. Ya, aku sayangkan Hanie. Dialah satu-satunya kawan yang memahami aku selama ini. Bukan sehari dua kami kenal, tapi sudah sepuluh tahun. “Rin, aku harap sangat kau datang esok. Eh, oklah ya.Izzah menangis tu. Nak susu agaknya. Good night,Rin. Sweet dream.”
Oh Tuhan! Berikanlah aku petunjuk. Hanya kepada Kau aku berserah.

******************************************************************
Dewan Hotel Sutera Inn mula dipenuhi. Dewan kelihatan begitu cantik setelah dihias oleh petugas-petugas hotel. Hampir semua pelajar SMKP 99-03 sudah tiba. Ada yang datang berseorangan, ada yang datang berteman, sama ada dengan kekasih hati mahupun suami atau isteri. Cuma, Rina yang tak pernah datang ke majlis reunion yang diadakan 2 tahun sekali.
Adam melangkah kaki ke dewan di mana ramai kawannya berada. Di wajah masing-masing jelas terpancar kegembiraan kerana sudah lama tidak bertemu begini. Gadis yang masih disisi Adam tetap setia menemani. Tetap melempar senyum walau mereka semua tidak mengenali gadis itu. “Hariz, aku nak kenalkan seseorang kepada kau,” Adam memulakan bicara setelah mendapatkan Hariz yang sedang leka berbual bersama Becca. Hariz menoleh. Senyumannya mati tatkala melihat seorang gadis yang cukup mempesona berdiri disisi Adam. Cantik! Sungguh cantik. Lebih cantik dari Becca, teman wanitanya. Tinggi lampai, berkulit cerah. Baju kurung moden warna merah yang dipakainya amat sesuai dengan dirinya yang begitu cantik. Tudung yang dipakai tetap tidak menjejaskan kecantikan gadis itu. Sedondon dengan Adam yang turut mengenakan kemeja berwarna sedondon.
“Hariz, Becca, aku kenalkan ni tunang aku.” Lamunan Hariz terhenti. Hancur hatinya tatkala mengetahui gadis cantik itu tunangan kawan baiknya sendiri. ‘Ah, melepas aku.’ Bisik hatinya.Adam perasan mata Hariz tak lepas memandang tunangnya. Dia tahu apa yang terbuku di hati Hariz ketika itu. Mungkin kalau gadis di sebelahnya itu bukan tunangannya, sudah tentu Hariz akan menggodanya.Dia kenal Hariz. Kenal sangat.
“Pandai kau cari. Sepadan dengan kau. Tapi, sampai hati kau. Selama ni, tak pernah kau bagitahu aku kau dah bertunang. Tapi hari ni, tup-tup kau dah ada tunang.” Hariz berbahasa. Adam hanya tersenyum. “ Kami buat majlis ringkas je,hanya keluarga terdekat. Nanti kami kahwin, aku jemput kau.”
Anyway, aku nak naik pentas kejap. Ada pengumuman yang aku nak buat. Excuse us,” Adam berlalu bersama tunangnya. Mata Hariz masih tertancap kepada gadis yang dikatakan tunang Adam itu. Dia seolah-olah kenal dengan mata itu. Juga dengan sepasang lesung pipit milik gadis itu. Seolah-olah sudah terbiasa dengan lirikan mata dan lesung pipit itu. Tapi, dimana? Bila? Siapa?
“Assalamualaikum. Friends, may I have your attention please. Aku sebenarnya ada pengumuman nak buat. Harap korang semua gembira mendengarnya nanti.” Adam berhenti seketika. Pada masa yang sama, Hariz masih memikirkan soalannya tadi. Dia rasa, dia kenal perempuan itu. Tapi, tak mungkin. Tak mungkin itu adalah perempuan yang pernah menjadi kawannya suatu ketika dahulu. Gadis tadi begitu cantik dan sempurna. Jauh bezanya dengan gadis yang suatu ketika dulu pernah menaruh hati kepadanya.
“ Aku nak kenalkan, ini tunang aku. Insya Allah, tak lama lagi kami akan berkahwin dan kamu semua dijemput hadir.” Serentak dengan itu, seluruh dewan bergema dengan tepukan yang begitu gemuruh kepada Adam. “Kad-kad undangan akan diedarkan sebentar lagi. Hanie, tolong mula edarkan kad,” Adam melihat sepintas kepada Hanie. “ Oh, ya! Aku nak biar Hariz yang dapat dulu sebab dia kawan baik aku.”Hanie mengangguk sambil menguntum senyum. Kad gabungan warna merah dan ungu itu diserahkan kepada Hariz. Hariz hanya tersenyum. Sebaik dia melihat nama pasangan yang tertera di kad itu, dia terpempan. Senyumannya mati.
“Kawan-kawan, aku kenalkan tunang aku dan bakal isteri aku, Arina Wardah Bt. Majid.” Semua yang berada di situ terkejut. Jelas di wajah mereka yang mereka tidak percaya gadis yang begitu cantik di atas pentas itu adalah Arina Wardah. Gadis yang mereka hina suatu masa dahulu. Gadis yang dikatakan paling hodoh. Gadis yang menaruh hati kepada Hariz Danial.
“Rin, your turn,” Adam berundur, memberi ruang kepada Arina untuk bercakap sepatah dua. Adam tahu, banyak yang perlu diperkatakan oleh Rin ketika ini.
Thanks to Am. Kalau bukan kerana Am, saya takkan berdiri di atas pentas ini. Tak mungkin saya berpeluang menemui kawan-kawan lama saya yang sangat saya rindui. Kerana Am, saya kuatkan diri dan hadir ke majlis ini untuk pertama kali. Well, tak ada apa yang perlu saya katakan,cuma saya harap anda semua sudi hadir ke majlis perkahwinan kami nanti. Dan, doakanlah agar kami bahagia ke akhir hayat.” Kata-kataku terhenti di situ. Aku tidak mahu mengingati lagi kenangan lama. Walau masih ada dendam dihati, namun aku telah usirnya jauh. Jauh sehinga aku tidak ingin mengingatinya lagi. Sebuah senyuman aku lemparkan kepada mereka, tanda aku tidak lagi mendendami mereka. Aku benar-benar ikhlas.
Ucapan tahniah bertubi-tubi kami terima. Alhamdulillah, mereka telah menerima aku. Sewaktu aku dan Adam Baizid menghampiri Hariz Danial, jelas dia masih terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Becca disisi mula mencebik. Aku malas mahu meneka apa yang bermain di fikirannya ketika itu.
“Rin, aku minta maaf. Aku tahu aku salah. Aku pun sayangkan kau,Rin. I’m your first love, I know you still love me. Please, come back to me. Aku tahu kau masih cintakan aku lagi,kan?” aku terkejut dengan kata-kata Hariz. Jelas kini dia yang merayu kepadaku. Aku genggam erat tangan Adam Baizid. Aku ingin dia tahu, walau apa yang berlaku, aku tetap sayangkan dia.
“Hariz,benar kau cinta pertama aku.Cinta pertama memang sukar dilupakan.Tapi tak bermakna aku perlu hidup dengan cinta pertama andai aku dilukai. Cinta kedua yang hadir, ternyata cukup bermakna untuk aku. Cinta kedua yang meniupkan kembali nafas aku yang pernah terhenti tatkala diluka oleh cinta pertama. Hariz, aku minta maaf. Hati aku hanya satu. Dan hati aku hanya untuk Adam. Setelah apa yang berlaku antara kita dulu, aku sangat kecewa. Teramat kecewa. Saat kau membuang aku, Adam tetap disisi aku. Dia tak pernah buang aku dari hidupnya.”

**********************************************************************
“Adam, kenapa Hariz buat aku macam ni. Sampai hati dia,Am. Aku sayangkan dia,tapi…” aku tidak mampu untuk menghabiskan kata-kataku. Aku terlalu sebak. Airmata yang mengalir sedari tadi, masih laju membasahi pipiku. Adam berada disisiku selepas Hariz meninggalkan aku di Taman Mesra Alam. Selepas aku meluahkan perasaanku yang sebenar terhadap Hariz.
            Adam hanya senyum. “Menangislah Rin, kalau itu akan membuatkan kau lega. Aku akan setia menemani kau selagi aku bernafas. Aku nak kau tahu, kau tak pernah keseorangan. Hariz mungkin  buang kau, tapi aku takkan buang kau sebab aku sayangkan kau. Aku tahu kau cintakan Hariz, sayangkan Hariz. Bukan niat aku untuk menambah luka dihati kau,Rin. Aku tak kisah kalau kau tak boleh terima aku. Aku redha. Tapi berilah aku peluang untuk aku buktikan yang aku benar-benar cintakan kau selama ini.”
            Aku terpana dengan kata-kata itu. Di saat Hariz melukaiku, Adam hadir memberi cinta. Ikhlaskah dia? “Am, aku tak cantik. Aku tak layak untuk lelaki sehebat kau. Malah, untuk mana-mana lelaki sekalipun.”
            “ Itu kata Hariz, bukan aku. Aku minta maaf, aku dengar apa yang kau bualkan tadi. Tapi Rin, aku nak kau tahu yang aku memang ikhlas dengan kau. Siapa kata kau tak cantik? Cantik tu subjektif. Cantik bukan saja dari segi paras rupa, tapi segala-galanya. Bagi mereka,kau mungkin kurang cantik dari paras rupa,tapi aku tahu kau terlalu cantik dari segi lain.Aku yakin kau akan melengkapi hidup aku. Aku dah buat solat istikharah,Rin. Dan aku nampak kau dalam petunjuk aku. Aku yakin, kau memang diciptakan untuk aku!”
            Adam menghulurkan sesuatu kepadaku. Dia meminta aku membukanya selepas tamat peperiksaan SPM nanti. Dan segala persoalanku terungkai. Dalam album gambar berwarna ungu itu menunjukkan ke mana gambar-gambar yang aku sangkakan selama ini berada dengan Hariz, sudah terjawab!
“Rin, please. Aku tahu aku salah dulu. Beri aku peluang, Rin,” Hariz masih setia merayu, mematikan lamunanku.
“Tidak,Hariz. Aku minta maaf. Tapi aku bukan untuk kau. Aku milik Adam Baizid. Walau apa yang berlaku, hati aku tetap takkan berubah. Aku cintakan Adam lebih dari aku cintakan diri aku sendiri. Aku tak boleh hidup tanpa Adam. Kalau bukan kerana Adam, aku tak mungkin akan berjaya seperti sekarang. Adam yang menjadi semangat aku selama ini. Doakan kebahagiaan kami,Hariz.”
Aku genggam erat tangan Adam dan kami sama-sama melangkah meninggalkan  dewan. Cukuplah apa yang berlaku. Adam senyum memandangku. Terima kasih, Tuhan. Kau telah berikan aku anugerah yang cukup bernilai. Sesungguhnya, Adam Baizid memang diciptakan untuk melengkapkan hidup Arina Wardah.





Titisan tinta,
Maizatul Akma